JellyPages.com

Saturday, 7 December 2013

Hati Ini

Hati ini
Bukan untuk disakiti
Bukan untuk dilukai
Bukan untuk dihancuri

Hati ini
Hanya untuk disayangi
Hanya untuk dicintai
Hanya untuk dihormati

Hati ini
Selalu disakiti
Selalu dilukai
Selalu dihancuri

Akan adakah
Seseorang yang mampu
Membahagiakan hati ini
Mencintai hati ini
Menyayangi hati ini

Sedangkan hati ini
Terlalu banyak luka
Terlalu banyak parut
Terlalu banyak kesedihan

Hati ini
Tak mampu meluahkan segalanya
Tak mampu berpura-pura lagi
Tak mampu bertahan lagi

Hati ini
Masih merinduimu
Walaupun bibir tidak mengucapkannya
Walaupun bibir tak mampu berkata-kata
Hanya hati yang merasa
Sehingga terjatuhnya airmata
Secara tidak sengaja
Secara diam-diam sahaja

Hati ini
Tidak lagi mampu menahan
Air mata yang jatuh berderai
Tidak lagi mampu
Menanggung beban merindui

Hati ini
Tewas juga pada hari ini
Setelah sekian lama memendam rasa
Memendam sehingga berderai air mata
Air mata yang mengalir tanpa henti
Bagai mengalir derasnya air sungai
Membuat diri rasa lega
Walau mampu bertahan
Buat seketika cuma


No comments:

Post a Comment